Ayah dan InTrend

Friday, January 28, 2011

Tanggal 27 Januari 2010 semalam merupakan ulangtahun kelahiran ayah tercinta ku. Tapi sungguh sedih, sebab ayah tiada disisi. Ayah bekerja di KL. Kalau tahun sebelum ni, aku dan keluarga pergi ke KL secara mengejut dan buat suprise birthday. Heeee.

Ayah, 
terima kasih sebab membesarkan kami adik beradik,
terima kasih sebab bersusah payah, bermandi peluh,
hanya untuk mencari sesuap nasi buat kami.

Ayah,
terima kasih kerana memberikan kami pelajaran yang terbaik.
terima kasih kerana membesarkan kami dengan didikan yang sempurna.
sehingga kami berada di kedudukan sekarang.

Ayah, 
tiada apa yang boleh kami balas,
tiada apa yang boleh kami berikan,
hanya sekadar ucapan sahaja.
yang mampu kami berikan....

APA PUN, TERIMA KASIH AYAH. 


Garang tak muka ayah aku? Ala sebenarnya baik ok. Sporting lagi tuh. Kalau tak caye tanya lah kawan-kawan aku ;)


Okay, kesat air mata kejap. Heeee. Semalam aku fikir ayah aku balik lah. Jadi, macam biasa jelah. Tak ada lah terkejar-kejar nak call semua. Tapi balik je, takde. Lepas tuh terus call ayah aku dan wish. Heee, ayah macam takde feel je bila aku cakap. Haha.

Aku: Happy Birthday ayahhh!
Ayah: Terima Kasihhh. Makk ngah watpe? *aku potong cakap ayah aku*
Aku: Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...
Ayah: Okkk.
Aku: Aminnn kan cepat!
Ayah: AMINNNN!

Macam takde feeling je. Ngahahaha. Lepas tuh, perbualan dirahsiakan padahal takde apa pun.

Ok, mari kita sambung ke tujuan yang kedua. Baru-baru ni ramai je datang blog aku. Aku fikir sebab aku ada design kan blog untuk Najwa Latif. Tapi sebab aku keluar dekat dalam InTrend. Ada jugak visitor yang datang dari blog Najwa ;) Banyak weh. Kelam kabot aku dibuatnya. Cehh ayat aku.

Memula aku tak tahu pon. Then ada orang bagitahu. Thanks korang. Sayang korang.

InTrend Februari.

Itulah dia. Aku tahu bukan aku punya yang jadi pilihan hati majalah InTrend ni, tapi aku ada kenangan! Kenangan pun penting kan? Bawah tuh ada blog Kak Mas. Lepas tuh ada Kak Leena. Heeee akak-akak yang sweet nih. Jeng3x

 KORANG, TEMPLATE BLOG AKU MACAM TUH EH BILA TGK? HODOH PLAK TGK PRINT SCREEN TUH. IS IT KOMPUTER AKU JE TGK CAM TUH? TOLONG GTAW AKU LEHH?

Kak Mas pon terkejut bila aku bagitahu die. Heeee. Ok lah nanti jumpe lain post ok. Ada banyak kerja kena buat.

THANKS TO ALL MY FOLLOWERS! NOW DAH 1000+ DAH. THANKS EHH.

You Might Also Like

20 Comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images